Monday, October 25, 2010

EXTREME CHALLENGE PAINTBALL WAR GAME

EXTREME CHALLENGE PAINTBALL WAR GAME














Terkini : EXTREME CHALLENGE PAINTBALL WAR GAME
Tarikh : Sabtu, 20hb November 2010
Masa : 8 pagi
Yuran : RM 80 (300 pellet, makan minum tengahari, baju)
Tempat : Belakang UIA,gombak(kg.Sg.Pusu)
anjuran : PUSAKA GAYONG GELANGGANG SELAYANG BARU terbuka kepada semua gelanggang di sekitar selangor dan para imam gelanggang serta barisan gurulatih dan ajk tertinggi. bersama kita memeriahkannya.

sila click pada gambar borang utk paparan besar dan download borang.

tarikh tutup penyertaan dan bayaran penuh adalah 15hb November 2010,dan sila buat pengesahan pendaftaran pada 3hb November untuk memudahkan pihak pengurusan membuat tempahan baju dan makanan serta perkara2 logistik

Juga hubungi : 012 6225242 : Cikgu Fauzani
014 810 3757 : En.Faris

Sunday, June 20, 2010

KURSUS PEMANTAPAN DAN UJIAN KENAIKAN BENGKUNG PSSPGM















Tahniah dan syabas buat semua anak gayong yang terlibat dengan kursus pemantapan dan ujina kenaikan bengkung PSSPGM negeri Selangor yang berlangsung di Jungle Lodge,Alang sedayu batu 13,Gombak.

Penyertaan di pihak gelanggang selayang meliputi bahagian pra putih sehingga ke Pra Merah,masing2 menunjukkan komitmen yang cukup bagus dalam mengharungi kursus tersebut selama 3 hari 2 malam.Sudah pasti pelbagai ilmu telah mereka dapat daripada para jurulatih yang berpengalaman termasuk.

Kursus ini dianjurkan oleh PSSPGM bahagian negeri Selangor dengan penyertaannya daripada gelanggang di sekitar selangor.Pengerusi Majlis Gurulatih PSSPGM Selangor turut turun padang dalam menyelaras dan memantau pelajaran anak-anak gayong.

Semestinya kursus ini memberi peluang dan membuka jalan kepada para anak gayong dalam perjuangan persilatan melayu.

Thursday, December 31, 2009

.Selamat Tahun Baru 2010 dan selamat tinggal tahun 2009.
Dengan kedatangan tahun baru ini diharap semua pihak terutama AHLI PSSPGM dan para belia diseluruh negara akan lebih berdaya maju dan bersama sama kita mencorakkan tahun 2010 yang lebih gemilang..

Tahun 2010 telah tiba dan kalender kursus sudahpun dirangka. Semoga semua pihak akan mendapat manfaat dan syafaat yang lebih di tahun baru ini.
"Segayong Sedarah Sekeluarga", semangat perjuangan warisan bangsa masakini.

Wednesday, September 9, 2009

SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA

Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya. Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman. Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah. Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang. Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun. Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.

Wednesday, July 29, 2009

"Guru Gayong Pendisiplin Anak Melayu Muslim"

AKU ANAK GAYONG

Lambang Kebesaran
Lambang Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia adalah seperti berikut:
Lengkongan bulan sabit
Bintang lima di atas
Rupa kepala singa
Keris dua bersilang
Lembing dua bersilang
Tali cindai melilit di batang lembing
Parang panjang di bawah Kesemua ini dijadikan serumpun tanda lambang yang akan dipakai oleh pelatih murid Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Lambang ini akan dilekatkan di atas kain 5 warna dan dijadikan pula bendera kebesaran bagi Pusaka Gayong. Bendera ini akan berkibar di hari kebesaran Pusaka Gayong. Lambang Tanda Pusaka Gayong
Tanda -tanda Pusaka Gayong ialah warna yang dipakai oleh pelatih/muridnya iaitu:
Warna Putih kebersihan dan kesucian diri
Warna Hijau keIslaman
Warna Merah asal kejadian manusia seketul darah merah,
Warna Kuning kebesaran, kedaulatan, sedia taat setia kepada raja.
Warna Hitam bayang diri sendiri iaitu bayang yang tiada menunjukkan corak dan tiada perbezaan antara manusia.
Lambang Tanda Kebolehan Permainan Pusaka Gayong
Bengkong atau Jalur Putih Pelatih yang boleh bermain Tapak Pusaka Gayong Peringkat . Pertama.
Bengkong atau Jalur Hijau Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong Peringkat . Kedua.
Bengkong atau Jalur Merah Pelatih yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong Peringkat Ketiga (bermain senjata).
Bengkong atau Jalur Kuning Pelatih yang boleh bermain Seni Yoi dan Simbat Pusaka Gayong Peringkat Keempat.
Bengkong atau Jalur Hitam Pelatih yang boleh bermain Seni Cindai dan Belian serta keseluruhan permainan Pusaka Gayung Peringkat Kelima.
Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Jangan ditepuk susu di dulang,

Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,

Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.

Sajak Gayong
Dengan Bismillah mula dikata,

Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,

Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,

Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,

Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,

Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,

Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,

Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Tempana Nipis nama asalku,

Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,

Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,

Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,

Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,

Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,

Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,

Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.

Pantun Rahsia Gayong
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,

Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,

Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,

Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,

Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Seruan Khas Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Acap-acap di tepi laut,

Buaya ganas melintang kuala;S
ebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,

Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,

Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,

Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.