Wednesday, July 29, 2009

"Guru Gayong Pendisiplin Anak Melayu Muslim"

AKU ANAK GAYONG

Lambang Kebesaran
Lambang Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia adalah seperti berikut:
Lengkongan bulan sabit
Bintang lima di atas
Rupa kepala singa
Keris dua bersilang
Lembing dua bersilang
Tali cindai melilit di batang lembing
Parang panjang di bawah Kesemua ini dijadikan serumpun tanda lambang yang akan dipakai oleh pelatih murid Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Lambang ini akan dilekatkan di atas kain 5 warna dan dijadikan pula bendera kebesaran bagi Pusaka Gayong. Bendera ini akan berkibar di hari kebesaran Pusaka Gayong. Lambang Tanda Pusaka Gayong
Tanda -tanda Pusaka Gayong ialah warna yang dipakai oleh pelatih/muridnya iaitu:
Warna Putih kebersihan dan kesucian diri
Warna Hijau keIslaman
Warna Merah asal kejadian manusia seketul darah merah,
Warna Kuning kebesaran, kedaulatan, sedia taat setia kepada raja.
Warna Hitam bayang diri sendiri iaitu bayang yang tiada menunjukkan corak dan tiada perbezaan antara manusia.
Lambang Tanda Kebolehan Permainan Pusaka Gayong
Bengkong atau Jalur Putih Pelatih yang boleh bermain Tapak Pusaka Gayong Peringkat . Pertama.
Bengkong atau Jalur Hijau Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong Peringkat . Kedua.
Bengkong atau Jalur Merah Pelatih yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong Peringkat Ketiga (bermain senjata).
Bengkong atau Jalur Kuning Pelatih yang boleh bermain Seni Yoi dan Simbat Pusaka Gayong Peringkat Keempat.
Bengkong atau Jalur Hitam Pelatih yang boleh bermain Seni Cindai dan Belian serta keseluruhan permainan Pusaka Gayung Peringkat Kelima.

No comments:

Post a Comment