Thursday, December 31, 2009

.Selamat Tahun Baru 2010 dan selamat tinggal tahun 2009.
Dengan kedatangan tahun baru ini diharap semua pihak terutama AHLI PSSPGM dan para belia diseluruh negara akan lebih berdaya maju dan bersama sama kita mencorakkan tahun 2010 yang lebih gemilang..

Tahun 2010 telah tiba dan kalender kursus sudahpun dirangka. Semoga semua pihak akan mendapat manfaat dan syafaat yang lebih di tahun baru ini.
"Segayong Sedarah Sekeluarga", semangat perjuangan warisan bangsa masakini.

Wednesday, September 9, 2009

SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA

Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya. Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman. Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah. Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang. Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun. Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.

Wednesday, July 29, 2009

"Guru Gayong Pendisiplin Anak Melayu Muslim"

AKU ANAK GAYONG

Lambang Kebesaran
Lambang Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia adalah seperti berikut:
Lengkongan bulan sabit
Bintang lima di atas
Rupa kepala singa
Keris dua bersilang
Lembing dua bersilang
Tali cindai melilit di batang lembing
Parang panjang di bawah Kesemua ini dijadikan serumpun tanda lambang yang akan dipakai oleh pelatih murid Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Lambang ini akan dilekatkan di atas kain 5 warna dan dijadikan pula bendera kebesaran bagi Pusaka Gayong. Bendera ini akan berkibar di hari kebesaran Pusaka Gayong. Lambang Tanda Pusaka Gayong
Tanda -tanda Pusaka Gayong ialah warna yang dipakai oleh pelatih/muridnya iaitu:
Warna Putih kebersihan dan kesucian diri
Warna Hijau keIslaman
Warna Merah asal kejadian manusia seketul darah merah,
Warna Kuning kebesaran, kedaulatan, sedia taat setia kepada raja.
Warna Hitam bayang diri sendiri iaitu bayang yang tiada menunjukkan corak dan tiada perbezaan antara manusia.
Lambang Tanda Kebolehan Permainan Pusaka Gayong
Bengkong atau Jalur Putih Pelatih yang boleh bermain Tapak Pusaka Gayong Peringkat . Pertama.
Bengkong atau Jalur Hijau Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong Peringkat . Kedua.
Bengkong atau Jalur Merah Pelatih yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong Peringkat Ketiga (bermain senjata).
Bengkong atau Jalur Kuning Pelatih yang boleh bermain Seni Yoi dan Simbat Pusaka Gayong Peringkat Keempat.
Bengkong atau Jalur Hitam Pelatih yang boleh bermain Seni Cindai dan Belian serta keseluruhan permainan Pusaka Gayung Peringkat Kelima.
Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Jangan ditepuk susu di dulang,

Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,

Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.

Sajak Gayong
Dengan Bismillah mula dikata,

Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,

Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,

Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,

Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,

Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,

Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,

Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Tempana Nipis nama asalku,

Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,

Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,

Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,

Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,

Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,

Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,

Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.

Pantun Rahsia Gayong
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,

Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,

Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,

Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,

Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Seruan Khas Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Acap-acap di tepi laut,

Buaya ganas melintang kuala;S
ebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,

Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,

Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,

Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.

''WARGA SILAT PENDUKUNG WAWASAN NEGARA''

Selayang Pandang
Pertubuhan seni silat pusaka gayong telah ditubukan dan didaftar pada tahun 1978.Pendaftaran pertubuhan ini adalah di atas daya usaha Majlis lembaga adat istiadat silat seni gayong negeri kedah yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Yusof Bin Salleh.
Aliran silat seni gayong merupakan teras utama sukatan pelajaran yang diguna pakai sehingga kini pelajaran seni silat pusaka gayong ini telah diwarisi daripada Allayarham Daeng Uda Hashim,Allahyarham Meor Abdul Aziz dan juga Hulubalang Lagenda Allayarham Dato` Meor Abdul Rahman.
Pada tanggal bersejarah 21 Mac 1995 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Bahagian Negeri Selangor telah berjaya didaftarkan di Alamat : No 1996,JALAN E 5/11 Taman Ehsan,Kepong Selangor Darul Ehsan Oleh Cikgu Md Rasip Bin Abd Wahab
Sehingga kini,aliran ini telah berkembang pesat di daerah-daerah gombak,hulu langat,klang dan hulu selangor.Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bahagian Negeri selangor telah bersama-sama membantu PESAKA Negeri selangor melahirkan lebih ramai pesilat-pesilat yang berpotensi tinggi untuk berjaya samada dalam bidang seni,olahraga dari segi tanggungjawab dan daya kepimpinan tinggi

GENGGAM,ANGKAT,YAKIN,WARAS,NGERI

Visi
- Kearah setiap insan yang mahir, perihatin dan berkempimpinan



Matlamat
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mantap dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi cabaran kehidupan yang memerlukan pelbagai kemahiran dan kekuatan jati diri.



Objektif
- Menilai tahap kemahiran bersilat ahli-ahli melalui sistem ujian kenaikan bengkung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
- Melahirkan pelajar yang mampu mengurus diri dan menghargai masa melalui displin dalam silat.
- Melahirkan pesilat yang berkemahiran tinggi dan berpotensi untuk diketengahkan sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
-Melahirkan pelajar yang menghargai Seni Warisan bangsa.
- Menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek (JERI).
- Mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

SEJARAH PUSAKA GAYONG

Sejarah Pusaka Gayong

Gayong, nama seorang hulubalang melayu yang teragong. Dia berpegang teguh pada amanah dan perintah Allah, seterusnya melahirkan Seni Gayong.
Seni Gayong, Tujuh hulubalang adik beradik belayar di Lautan Tujuh. Mereka berpantun ditengah lautan katanya:
Pecah Gayong di dalam dulang, Dulang hanyut di lautan tujuh, Perpecahan Gayong perpecahan sayang, Di satu masa kita akan kembali bersatu dan tegoh.
Mereka berpecah di seluruh Tanah Besar Melayu. Namanya DaingJalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelonggi dan Daing Kuning.
Daing Kuning mewarisi kepada Long Che Ngah tambah kemudian Long Che Ngah tambah mewarisi kepada Daing Uda Muhamad Hashim, di sinilah tertubuhnya Silat Seni Gayong.
Silat Seni Gayong ditubuhkan pada tahun 1938, dengan usaha Dato' Daeng Uda Mohammad Hashim bersama anak-anaknya iaitu Daeng Meor Abd Aziz dan Daeng Meor Abd Rahman (Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman berpusat di Ayer Kuning, Taiping, Perak.
Pada tahun 1940, Dato' Meor Abd Rahman telah mengembangkan silat di Singapura.
Pada tahun 1950, Dato' Meor Abd Aziz telah mengembangkan Silat Seni Gayong di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pada tahun 1955, Allahyarham Tunku Kassim(Tunku Laksamana) telah membawa Dato' Meor Abdul Rahman dan ahli-ahli Silat Seni Gayong dari Singapura membuat persembahan di Istana Sultan Kedah dan menyertai Gayong.
Pada tahun 1956 Pak Lang Yusuff Salleh dan saudara-saudaranya menyertai Silat Seni Gayong melalui Dato' Meor Abd Aziz.
Pada bulan April 1957, Abd Majid Md Isa menyertai Silat Seni Gayong, berlatih dengan Guru Latih Ismail Mansor selama setahun dan pada tahun 1958 digantikan dengan Cikgu Qamari Melan dari Singapura.
Pada tahun 1959, Dato' Meor Abd Rahman bersama Dato' Oon Jaafar dan ketua-ketua Silat Seni Gayong Singapura dan Johor membuat lawatan ke Kedah, dan membawa Abd Majid Md Isa ke Singapura untuk menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura.
Pada tahun 1960, Abd Majid Md Isa dilantik menjadi Guru Latih, seterusnya menjadi Guru Latih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ramai muda-mudi di Kedah menyertainya iaitu Cikgu Ramli Ibrahim, Awang Daud, Ibrahim Abdullah, Hashim Muhamad, Ismail Chik, Samad Said, Ahmad Lazim serta lain-lain lagi.
Pada tahun 1961, Abd Majid Md Isa sekali lagi dipanggil oleh Dato' Meor Abd Rahman ke Singapura untuk menjalani latihan bermain senjata seperti pisau, keris, sembat, seterusnya dilantik menjadi Guru Latih tertinggi di seluruh Malaysia, ditugaskan mengajar Silat Seni Gayong.
Pada tahun 1962, Abd Majid Mat Isa, Ramli Mat Araff, Ramli Ibrahim dan Kamsiah Rashid telah dibawa oleh Dato' Meor Abd Rahman dari Kedah ke Singapura untuk membuat persembahan silat dan mendapat sambutan dari seluruh masyarakat melayu.
Pada tahun 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia didaftarkan dan diluluskan dengan nombor pendaftarannya 361 di Johor Baharu atas usaha Dato' Oon Jaafar.
Pada tahun 1964, Perdana Gayong Pertama diadakan di Stadium Alor Setar, Kedah. Wang pungutan sebanyak RM 12,000 telah berjaya dipungut atas usaha Cikgu Md Nanyan Saad, Cikgu Othman Hanafiah dan lain-lain lagi.
Pada tahun 1965, Abd Majid Mat Isa melangsungkan perkahwinan dengan Enah bt Yaman, dan pada tahun ini juga Abd Majid Mat Isa bersama-sama Dato' Meor Abd Rahman, Siti Kalsom dan Md Khir Saad pergi ke Trengganu dan Kelantan untuk mengembangkan Silat seni Gayong.
Pada tahun 1976, Abd Majid Mat Isa, bersama-sama 12 orang ahli Seni Silat Gayong telah mengadakan pertunjukan di Medan, Indonesia.
Pada Ogos 1977, Abd majid Mat Isa telah dipecat daripada Guru LatihTertinggi oleh Dato' Meor Abd Rahman.
Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya.
Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman.
Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah.
Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang.
Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun. Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.

PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA


LAMBANG PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA